Tuesday, 23 December 2014

PEKIDA MALAYSIA BUAT LAPORAN POLIS ISU "KALIMAH ALLAH".

Ayahanda Hj Jamaludin Yusof selaku Presiden PEKIDA Malaysia bersama Ahli PEKIDA hari ini hadir ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur bagi membuat laporan Polis terhadap Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang membenarkan bukan orang Islam menggunakan Kalimah Allah di Pulau Pinang.

Kenyataan Lim Guan Eng bertentangan dengan Keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan Akhbar the Herald menggunakan Kalimah Allah dalam akhbarnnya.

Pengguna Kalimah Allah oleh bukan islam boleh menimbulkan kekeliruan di dalam kehidupan beragama, terutamanya antara penganut Islam dan Kristian. Kesannya ialah ia boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

PEKIDA memberi amaran kepada Lim Guan Eng agar tidak menyentuh sensetiviti agama di dalam negara ini dan meminta Lim Guan Eng menghormati Agama Islam dan menhormati keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan Kalimah Allah di guna oleh orang bukan Islam.





Ayahanda Hj Jamaludin Yusof Presiden PEKIDA Malaysia tengah bersama Ayahanda Hasim dan Barisan Ayahanda di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur

Add caption

No comments:

Post a Comment